Tuesday, September 16, 2014

7 Penghalang Penyusuan Susu Ibu

Assalamualaikum,

Panjang kan tajuk tengahari ni...ngeee...
sebelum tu, nak ucap selamat hari malaysia dan selamat bercuti kepada semua pembaca blog...yg tak dapat cuti, semoga dapat bekerja dgn ikhlas dan gembira...

tengahari ni sy nak kongsi sedikit mengenai batu penghalang penyusuan susu ibu yang sy hadapi selama 7 bulan menyusukan safiya...walaupun pengalaman masih cetek...harap dapat membantu bakal2 ibu baru yang sedang mencari info tentang susu ibu...

1. Tiada ilmu - ini betul..memang tiada ilmu...macam sy, nak tanya mak malu...hehe..jd sy tanya kawan2...alhamdulillah kawan2 ramai yg kahwin awal dan anak dah beratur masuk sekolah dah pun...kalau malu juga , tanya la dalam laman sesawang...ramai yang sudi kongsi ilmu dalam blog masing-masing...hanya perlu rajin membaca sahaja...nak gi kelas pun boleh...hospital kerajaan dan swasta ada buat kelas untuk menyusukan anak...jadi tiada alasan dah kan...
2. Tiada kelengkapan -  ibu yang bekerja atau surirumah sepenuh masa perlu ada kelengkapan penyusuan sebelum kelahiran...kenapa??sebaik2nya selepas kelahiran terus mula pam untuk kumpul stok EBM(Expressed Breast Milk)...kenapa awal sangat??sebab pertama jika anak kuning/sakit lain, anak kena tahan wad tapi mak boleh balik rumah...atau sebab kedua mak kena tahan wad tapi anak boleh balik rumah...jadi bapa2 boleh hantar stok EBM kepada anak2 yang tengah wekkwekkk lapar...
kelengkapan yang dimaksudkan ialah set pam susu(tak kisah manual atau elektrik), bag tahan sejuk(cooler bag), ais(ice pack), tempat simpan susu(breastmilk storage) dan botol susu...
3. Susu kurang - yang ini ikut orang..kalau normal hari pertama sehingga ketiga selepas kelahiran susu agak sedikit...sila teruskan penyusuan walaupun sedikit...hari ketiga ke atas inshaAllah meriah melimpah ruah...hehehe...jika kurang juga sila cari makanan atau minuman yang boleh banyakkan susu...contoh sawi, kucai, kurma merah atau dll...kalau tak jalan juga boleh la makan atau minum milk booster cam shaklee/qaseh gold atau dll...yang penting maknya kena kerapkan penyusuan,banyak minum air dan minum susu...jika tiada juga boleh la cari ibu susuan...
4. Peti ais penuh - yang ini pun masalah besar...peti penuh dengan bahan mentah masakan...selak2 peti ais jumpa ayam...selak2 lagi jumpa ikan...huhu...susu tak jumpa pun...tak kan nak beli peti ais khas untuk susu...kann??..sebaik2nya simpan EBM dalam botol, hanya untuk susu yang nak minum esok sahaja...EBM yang untuk minggu depan atau bulan depan simpan dalam plastik macam gambar kat bawah ni...dah buh dalam plastik pun tak cukup juga??, boleh la tumpang kat peti ais opis atau peti ais kawan2 yang bujang yang tak berapa nak masak kat rumah...hikhik...
5. Sindiran sinis - orang yang jenis macam ni memang banyak...tak kira tua atau muda...kadang2 kakak2 misi pun sama naik...jumpa orang macam ni memang tak boleh nak buat apa...dengar je la walaupun hati terguris2 sakit...yang penting jangan melawan...lagi satu, sendiri pun jangan duk sindir2 ibu2 yang FM(formula milk)...silap2 kang kena lempang free...haha...siapa kita nak hukum orang...semua tu kuasa dari Nya..kita hanya mampu berusaha dan berdoa...
6. Malas pam - malas pam sebab pam manual...lenguh tangan...ibu2 yang belum beli pam lagi tu sila pilih pam elektrik yang free manual...letak je pam, tau2 botol dah penuh susu...yang manual boleh guna time sesak2 bateri habis atau tiada punca kuasa elektrik...ibu2 yang bekerja boleh pam setiap 4 jam sekali lebih kurang kul 12 dan 4 bagi bos2 yang memahami...jika dpt bos yang tak paham boleh pam masa rehat dan balik kerja...
7. Malas basuh dan steril peralatan pam - yang ni pun satu penyakit juga...ngeee...boleh ikut cara saya...pakai pam pagi sampai petang...petang baru basuh dan steril...malam sampai pagi...pagi baru basuh dan steril...yg penting pam kena letak dalam peti ais...untuk urusan steril boleh sumbat je dalam electric steam steriliser...senang sangat2 dah...

ok dah cukup 7...meh belanja gambar safiya..
gaya dak bam2 tengah baca soft book...gaya menang...baca..!!!!tah,  die je yang paham...huhu...

** #sayajualqasehgold , #sayajualautumnz ...whatsapp laju2 kat no 0195555740...

**bagi anda yg masih mencari produk yg sesuai utk menghilangkan jerawat, sila hubungi sy di talian 019-5555740...untuk info produk klik sini..untuk info pengalaman sy sbg pengguna chahaya beauty klik sini...

 Alhamdulillah dan syukur, segala dengan izin-Nya

Menarik Di Sini :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...