Thursday, October 20, 2016

Pulau Langkawi Part 1 : Bawa Kereta Ke Pulau Langkawi

Assalamualaikum semua,


Destinasi : Pulau Langkawi
Tarikh : 16/10/2016 hingga 18/10/2016
Ahli Rombongan : Saya , suami , zara , asri , mak , adik , abang , kakak ipar ,  damia , umaira , aufa

untuk cuti-cuti kali ini , saya bawa kereta ke langkawi , sebab : 
1. seorang dari ahli rombongan pakai kerusi roda
2. ada tiga orang kanak-kanak dan dua bayi...tak cukup tangan , nak dukung anak dan nak bawa bag lagi(konon,hehe)
3. senang nak bawa balik hasil membeli belah..kekeke..

ada dua syarikat feri yang boleh bawa kereta :

dua syarikat ini menawarkan harga yang sama, berbeza waktu perjalanan sahaja..roro gerak jam 1 dan auto gerak jam 11..saya pilih langkawi ro-ro ferry services sdn bhd , sebab famili dari ipoh tidak terkejar-kejar untuk sampai sejam awal sebelum feri berlepas...

pada 5/10/2016 saya dah tempah tiket feri..tempah online sahaja...nak walk-in pun boleh...tapi ikut nasib la..kalau penuh padan la muka...kekeke...cara nak tempah tiket seperti berikut :

1. sediakan geran kereta  dan nama serta nombor KP 
3.  pilih perjalanan , tarikh , cc kereta dan bilangan penumpang...klik check availability...jika keluar warna hijau dan kuning...alhamdulillah...masih kosong..jika keluar warna merah...alhamdulillah juga...sebab dah penuh...hahaha...selamat duit anda..lepas tu klik continue...masukkan maklumat kereta , maklumat penumpang dan upload gambar geran&gambar ic pemandu...klik continue untuk bayaran...nak pakai kat kredit/debit boleh...nak pakai perbankkan online pun boleh...dah siap bayar , dia akan e-mail booking confirmation ...sila cetak ya..

ini pula persediaan pada hari perjalanan :
1. bawa booking confirmation...pastikan berada di jeti kuala perlis sejam awal..sampai jeti terus berurusan kat pejabat ro-ro...lokasi pejabat kat sebelah masjid..
2. makan sebelum perjalanan atau bawa bekal makan dalam feri...perjalanan mengambil masa dalam 2jam ke 2jam setengah


lepak-lepak...sementara tunggu jam 12..
hati-hati naik tangga ke dek penumpang...terutama pada yang bawa anak kecil...

opah dan cucu-cucunya


kos untuk tiket feri kami seperti berikut :
1. kereta bawah 1500 cc : RM 250 (percuma tiket untuk pemandu)
2. kereta bawah 2000 cc : RM 300 (percuma tiket untuk pemandu)
3. tiket penumpang dewasa : RM 36 x 4org (dua hala) = RM 144
4. tiket penumpang kanak - kanak : RM 26 x 3org (dua hala) = RM 78
5. tiket penumpang bayi : RM 6 x 2org (dua hala) + RM 12
JUMLAH = RM 784

untuk tiket penumpang, nak beli sekali online boleh, nak beli masa hari perjalanan pun boleh...selamat sikit...kot-kot ada penumpang yang tak dapat nak pergi di saat akhir..tak adalah rugi sangat...
WIDE NECK BREASTMILK STORAGE BOTTLES 4PCS - CLEAR...RM 24/box...beli 3 box percuma pos semenanjung..whatsapp PROMOWIDE ke 0195555740...hanya di FB/INSTAGRAM : big4pocket


 Alhamdulillah dan syukur, segalanya dengan izin-Nya

0 comments:

Post a Comment

Menarik Di Sini :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...