Thursday, October 11, 2012

Tukar Nama Dan Alamat Bil Cukai Taksiran

Assalamualaikum,

Selasa lepas teman kak aminah gi majlis bandaraya ipoh (mbi)...tujuan ke mbi utk tukar nama dan alamat bil cukai taksiran dari pemaju ke pemilik baru...bagi warga ipoh yg baru dpt kunci rumah baru or pejabat baru boleh la rujuk info yg xseberapa ini...prosedurnya yg sgt cepat dan mudah...

  1. Bawa salinan BIL CUKAI TAKSIRAN terkini, sila pastikan tiada tunggakan
  2. Bawa salinan PELAN tanah
  3. Bawa salinan GERAN tanah muka depan dan belakang, sila pastikan muka belakang ada nama pemilik baru
  4. Bawa ketiga2 salinan ke kaunter tingkat 4 , bahagian penilaian, bangunan majlis bandaraya ipoh berhadapan dgn dataran dan bersebelahan dgn parkson grand, anda diberi borang I utk tukar nama dan alamat
  5. Isi dengan lengkap borang I berdasarkan contoh yg disediakan pd meja berdekatan dgn lif
  6. Pulangkan borang I pada kaunter dan anda akan dapat kertas warna biru yg tertera nama dan alamat pemilik baru
Bil cukai taksiran terkini

Geran dan pelan tanah

 Kak aminah sedang tekun isi borang I
Kertas biru tertera nama dan alamat pemilik baru


**bagi anda yg masih mencari produk yg sesuai utk menghilangkan jerawat, sila hubungi sy di talian 019-5555740...untuk info produk klik sini..untuk info pengalaman sy sbg pengguna chahaya beauty klik sini...

 Alhamdulillah dan syukur, segala dengan izin-Nya



0 comments:

Post a Comment

Menarik Di Sini :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...