Thursday, March 28, 2013

Dadu Kain Felt

Assalamualaikum,
alkisah rajin tahun lepas...

 Bahan2 utk buat dadu..
1. gam uhu
2. manik
3. kain felt
4. benang&jarum
5. bunga (yg ni xaci...huhu..sbb rasa diri xbrape nak cukup seni utk potong kelopak bunga tu cun2 cam bunga...if jadi pun, mungkin iras2 bunga taik ayam...ahakkk)

 ukur , tanda dan potong kain felt

 cantum dan jahit kepingan kain...sumbat perut dadu dgn kertas yg dah di carik2...

 susun dan gam bunga besar , bunga kecil dan manik...letak atas carpet...

 tindan bunga dengan majalah utk beri kesan lengkung pada bunga...gam bunga pada dadu...dan ikat dadu dgn reben/benang...

 hasil bila dah siap...comel je tergantung dlm kete ET...ngeee...masuk bakul jap ye...masa gantung dadu ni blum jd ES lg...bln 8 ni boleh la lambung dadu ni ngan ES,senang nak undi balik raya kat umah buntong or umah chemo...hahaha....

ni plak lebih2 kain felt...saje nak kasi semak kete...


**bagi anda yg masih mencari produk yg sesuai utk menghilangkan jerawat, sila hubungi sy di talian 019-5555740...untuk info produk klik sini..untuk info pengalaman sy sbg pengguna chahaya beauty klik sini...

 Alhamdulillah dan syukur, segala dengan izin-Nya


Sunday, March 10, 2013

Senarai Semak Persediaan Kenduri Kahwin



Assalamualaikum,


Alhamdulillah, hari ini dah hari yg ke-17...masih lg dlm proses belajar menyesuaikan diri menjadi isteri kpd ES... masih sibuk tertanya2 pd diri sendiri...betul ke dah jd isteri org ni...???ngeee...soklan yg mintak kena lempang...hahaha...

Puan pau suri...haha..

Berikut adalah senarai semak persediaan kenduri kahwin...sy ambil dr majalah pengantin...harap boleh jd panduan kepada bakal2 pengantin yg tgh pening xtahu nak mula dr mana...

12 bulan sebelum
ü    Berbincang dengan tunang serta keluarga kedua-dua pihak berkenaan tarikh dan waktu nikah. Nikah selepas isyak 22/2/2013
ü      Mengatur bajet yang diperlukan sama ada rendah , sederhana atau mewah 
ü      Meneliti lokasi majlis sama ada akan dilakukan di rumah, hotel atau dewan 
ü      Merancang jamuan yang perlu dihidangkan kepada tetamu sama ada buffet atau berhidang
11 bulan sebelum
ü      Menetapkan tarikh nikah, kahwin dan bertandang seperti dipersetujui kedua-dua pihak. Nikah = 22/2 , kahwin = 23/2 , bertandang = 24/2
ü      Mengikuti kursus kahwin bersama pasangan
ü      Mengintai-intai pakaian perkahwinan
ü      Membeli barangan hantaran seperti kasut, beg tangan, minyak wangi, baju dan lain-lain. Done,masa bertunang.
10 bulan sebelum
ü      Memilih pengapit dari kalangan rakan atau saudara-mara. Pengapit = Azura
ü      Merancang warna tema untuk keseluruhan majlis. Light purple and light pink
ü      Mencari beberapa lokasi dan tarikh majlis perkahwinan anda yang sesuai dengan bajet. Lokasi majlis = rumah mak dan ayah
9 bulan sebelum
ü      Mengumpul nama tetamu. Rakan2 megat, teknik, utm, gw, majlis
ü      Pilih catering atau masak sendiri. Perkara ini perlu dilakukan lebih awal untuk mengelakkan kesulitan di masa akan datang. *Klik sini NY Restaurant & Catering
ü      Pilih jurufoto atau juruvideo
8 bulan sebelum
ü      Menempah lokasi dan tarikh majlis. (khusus untuk dewan dan hotel)
ü      Menetapkan jumlah tetamu yang akan hadir
ü      Menyelesaikan segala temu janji dengan doctor
7 bulan sebelum
ü      Menentukan pakaian perkahwinan dan aksesori.
ü      Menentukan pakaian untuk semua pengiring pengantin. Baju mak, ayah , dina dan aliya
ü      Memilih juru solek
6 bulan sebelum
ü      Mula menempah kad perkahwinan
ü      Menghubungi kadi dan pejabat agama islam
ü      Menjalani ujian darah/HIV jika diperlukan.
5 bulan sebelum
ü      Menyelesaikan semua urusan persandingan(bayar deposit , menyedang pakaian)
ü      Pilih dan tentukan semua kelengkapan perkahwinan (undangan, kek pengantin, bunga pegang, penghias majlis)
ü      Menempah cenderahati untuk tetamu atau buat sendiri
4 bulan sebelum
ü      Pilih cincin perkahwinan. Nikah = rantai leher 
ü      Menyiapkan gubahan hantaran sama ada buat sendiri atau menempah
ü      Tempah langsir. 
3 bulan sebelum
ü      Memastikan kelengkapan P.A sistem lengkap seperti deejay, iringan lagu dan sebagainya
ü      Mengatur penginapan bagi saudara dan rakan terdekat yang datang dari jauh. Homestay = saudara mara , Hotel = rakan-rakan
2 bulan sebelum
ü      Menulis dan mengutus kad perkahwinan kepada tetamu
ü      Bersama bakal pasangan menyedang pakaian supaya nampak anggun di hari bersejarah.
ü      Hadir ke sesi cubaan menu(jika anda mengadakan majlis di hotel)
Sebulan sebelum
ü      Melakukan perawatan sebelum berkahwin(mandi bunga, susu, sauna). Spa embun = 19/2 (sauna, lulur, mandi susu, facial doa)
ü      Pastikan cincin dalam ukuran yang betul
ü      Pastikan segala tempahan pelamin, juru solek, tiket kapal terbang, bilik dan keperluan perkahwinan berjalan lancar.
ü      Pastikan aksesori yang anda ingin kenakan pada hari tersebut sudah tersedia seperti barang kemas, layah, tiara dan kasut
ü      Pilih lagu iringan atau deejay yang akan menyerikan majlis anda.
ü      Buat bunga dr kertas crepe utk bunga telur, hiasan bilik tidur, hiasan meja mkn dan hiasan pintu gerbang.
ü      Ambil borang kebenaran berkahwin
ü      Buat bunga manggar  
3 minggu sebelum
ü      Bertemu dengan urusetia yang anda bentuk agar segala perancangan berjalan dengan lancar.
ü      Ambil pakaian dan perhiasan yang ditempah untuk majlis.
ü      Berada di lokasi lebih awal untuk mendapatkan mood majlis.(majlis di hotel atau dewan)
ü      Bayar permit khemah yang dipasang atas rizab jalan. *Klik sini Permit khemah
Seminggu sebelum
ü      Meneliti perancangan yang telah dilakukan dan maklumkan urus setia jika terdapat perubahan
ü      Menyelesaikan semua urusan kerja sebelum bercuti
ü      Hindari konflik , tenangkan hati
Di hari perkahwinan
ü      Mandi sebersihnya agar kelihatan segar sepanjang hari
ü      Pastikan mengisi perut terlebih dahulu agar tidak kelaparan. Makan roti dgn k.ngah, ngee
ü      Berdandan cantik , senyum dan berdoalah agar segala perancangan anda berjalan dengan sebaik mungkin


Alhamdulillah dan syukur, segala dengan izin-Nya

Tuesday, March 5, 2013

Puan Su

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, pd mlm 22/2 yg lalu, sy sah menjadi isteri kepada alzri dengan hanya sekali lafaz...tahniah Encik Suami (ES) dpt melawan rasa gementar ketika digenggam erat oleh tok kadi...Alhamdulillah dan syukur , segala dengan izin-Nya....

selepas halal
bunga tangan - DIY oleh kakak ipar no 2

kucupan dahi yg telah mengherotkan tudung sy...huhu...dah xmuncung dah tudung...bulat2 bam2 muka...
tudung - DIY oleh nasd rahaida
veil - DIY oleh azura

terima kasih ES dpt menerima diri ini seadanya...sy syg ES...muahh2


UTC

Assalamualaikum,

Super kinta kini bertukar menjadi Urban Transformation Centre (UTC)...urban, ok...masuk je dlm UTC ,  lupa terus cam ne rupa super kinta dulu...huhu...over taw...masa sekolah asrama dulu2 , asal outing je mesti gi super kinta...pas2 balik bwk plastik penuh kiri kanan...kemain lg membeli belah nye ye...ngeee....beli biskut je pun...haha...buat bekal time prep...

 pelan UTC...

 yg ni pula senarai agensi yg ada kat UTC

tujuan utama sy dan ET gi UTC adalah utk byr permit khemah yg dipasang atas rizab jalan utk majlis perkahwinan kami pd 23/2 dan 24/2 yg lepas...satu khemah RM3 sahaja...
sy perlu byr RM36 = RM3 x 6 (bilangan khemah) x 2(bilangan hari)

 yg ni plak sambil menyelam minum air...alhamdulillah rezeki nak kawen...huhu...time tu tgh ada diskaun saman MBI...satu saman hanya perlu byr RM8 sahaja...
sy perlu byr RM16 = RM8 x 2(bilangan saman)

RM52 jumlah sy kasi kat MBI...sekian... :(


**bagi anda yg masih mencari produk yg sesuai utk menghilangkan jerawat, sila hubungi sy di talian 019-5555740...untuk info produk klik sini..untuk info pengalaman sy sbg pengguna chahaya beauty klik sini...

 Alhamdulillah dan syukur, segala dengan izin-Nya

Menarik Di Sini :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...